Searching...
Sunday, November 30, 2014
9:55 PM 0

FAKTA PENTING !!! MENGAPA RAMAI DIKALANGAN KITA TAK TAU RAHSIA KHASIAT MAKAN KAKI AYAM .... INGIN TAU ???




Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi,  jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.

Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan  yang baik.



**New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.


Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia.

Laman web firma produk dan penyedia perkhidmatan kesihatan Bl Health menyatakan hydroxyapatite adalah makanan untuk tulang yang berasal dari tulang makanan. Secara logiknya, makanan tepat untuk tulang adalah tulang.

“Kaki ayam dikatakan satu daripada makanan yang kaya dengan zat itu,” kata laman web itu.
Kita tidak perlu lagi memperkecilkan kaki ayam kerana ia kaya dengan khasiat protein yang ada pada kulit, otot, tulang dan kolagen iaitu sejenis protein jaringan ikatan liat dan bening berwarna kekuningan. – Agensi






SUMBER
9:00 PM 0

HAH !!! WAJAH SEBENAR BOYFRIEND BARU HANEZ SURAYA (5 GAMBAR )

Pelakon wanita yang cantik ni, Hanez Suraya pernah beritahu kepada media yang dia sudah putus cinta dan tiada lagi hubungan dengan kekasihnya Romie Razin Adilha Abd Jais

Tiba-tiba, Murai Batu dapat kiriman email oleh peminat ruangan ini yang mengatakan dia kini intim pula dengan Juruterbang.

Tak silap Murai Batu jejaka ‘S’ ini adalah juruterbang Malaysia Airlines. Wahhh.. patah tumbuh hilang berganti. Murai Batu juga dapatlah beberapa keping gambar mereka berdua.

Adakah jejaka ‘S’ ini punca perpisahan Hanez dengan Romie? Entahlah Murai Batu pun tak nak komen panjang-panjang.

Hanya empunya badan yang mampu memberi jawapan. Kalau betul mereka berdua ini memang rapat atau bercinta. Kita doalah yang terbaik yaa… Kita manusia siapa yang mahu sunyi.. Cewaahhh….








8:03 PM 0

COMELLL !!! 7 GAMBAR BAYI FASHA SANDHA YANG SANGAT COMEL DI DUNIA ....

Putri Raysha Jemaima ialah nama kepada bayi perempuan pasangan Fasha Sandha dan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli yang dilahirkan pada 7 November lalu.

Kecomelan raut wajahnya benar-benar menarik perhatian orang ramai di serata Malaysia sehingga ada yang membandingkannya dengan anak perempuan Rozita Che Wan yang dilahirkan 7 hari lebih awal.

Berikut ialah koleksi foto bayi perempuan Fasha Sandha yang paling comel dan tembam.








Saturday, November 29, 2014
5:54 PM 0

WAHH !!! ISTERI YANG CANTIK BERPROJEK DENGAN SUAMI ORANG ....

gambar-isteri-bogel


Siapa sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.
Padahnya, dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.
“Nyata doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada orang lain,” kata Azman, 30-an.
Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:
“Terus terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.
Ketika bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan.
Lebih daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.
Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi.
Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun, ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.
Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.
Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.
Antara yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya.
Dalam keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama dia juga begitu.
Pada Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.
Pulang dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.
Apa disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya, isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.
Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja.
Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri.
Entah bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta lain.
Tidak seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah, saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan menguncinya.
Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya.
Ternyata, dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan separuh bogel, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik dan mendapati katil ‘bersepah’.
Tanpa sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan selama ini.
Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan jika tidak membuat maksiat?
Namun, seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.
Apabila diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.
Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah.
Bengang dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut. Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.
Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini, Saya mendapat hak penjagaan anak.
Apabila difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu. Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi kerana semua benda boleh dimilikinya.
Keluarga saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.
elayuKeluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.
Saya hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”
Nauzubillah. Semoga perkara ini tidak berlaku kepada kita mahupun ahli keluarga kita sendiri dan kisah benar ini menjadi pengajaran buat semua.


4:23 PM 0

HABISLAH !!! 2 GAMBAR PELAKON EYKA FARHANA DALAM TANDAS KINI TERSEBAR ON9 !!!


Keterbukaan pelakon remaja Eyka Farhana untuk berkongsi gambar-gambar peribadi di dalam tandas mengundang perhatian peminat fanatik. Ada antara mereka mempersoalkan apa perlunya semua gambar itu dikongsikan kepada umum. 

Untuk pengetahuan, Eyka Farhana adalah antara selebriti tempatan yang gemar berkongsi apa sahaja kepada peminat. Sebab itu, namanya semakin dikenali ramai dan pengarah-pengarah mula terpikat untuk menawarkan Eyka berlakon.

Sehingga kini, terdapat beberapa drama yang sudah dibintanginya seperti drama cerekarama Sejadah Kaabah, Gemilang, Juvana dan telefilem Cinta Pontianak Gua Musang. Pada admin, bakat lakonan Eyka memang tidak boleh dipertikaikan. Jom layan tiga keping gambar aksi gedik Eyka Farhana yang sahaja di dalam tandas.




Friday, November 28, 2014
3:05 PM 0

WAHHH !!! AKSI NORA DANISH DAPAT SAMBUTAN SEBANYAK 20,000 LIKE HEBAT ( GAMBAR + VIDEO )



   Sebuah video yang dimuat naik oleh Nora Danish menerima 20 ribu likes daripada peminatnya kerana video tersebut menayangkan insiden pelakon jelita itu terjatuh ke dalam parit. Tergelak besar kami dibuatnya.


Siapa kata jadi pelakon itu senang? Apabila adanya babak-babak yang memerlukan anda untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, nak atau tidak, kena buat juga kan? Tak pedulilah anda artis gred apa sekalipun.

Tapi perkara itu dianggap sebagai satu pengalaman berharga buat Nora yang nampaknya perlu melakonkan scene jatuh parit semasa penggambaran filem ‘Suamiku Jatuh Dari Langit‘. Nampak real okay!

Khabarnya filem itu bakal menyaksikan Nora berlakon bersama Qi Razali. Nak tahu best ataupun tak filem tersebut, kenalah tunggu hari tayangannya.



Tonton Video di Bawah Ini:




7:31 AM 0

Hmm.. !!! GADIS SENGAJA MENONJOL PUNGGUNGNYA SEMATA-MATANYA BUAT LELAKI TAMBAH MIANGGGG..(2 GAMBAR )



Inilah dia pembantu rumah paling perfect didunia.. 

Pembantu rumah ini berjaya dimiliki oleh usahawan 

terkenal di Malaysia. Gambar ini tersebar apabila 

usahawan ini memuat naik gambar house maid ini di 

instagram miliknya.






Thursday, November 27, 2014
3:18 PM 0

AMBOI !!! GAMBAR SHASHA YANG AMAT HANGAT ADIK NABILA HUDA ... CUN YAAA .. ( 8 GAMBAR )


Siapa menyangka pelakon wanita popular, Nabila Huda mempunyai seorang adik perempuan yang cantik dan amat menawan. Nama si gadis cantik ini ialah Shasha atau nama sebenarnya Irisha Myra Suhaimi, kini berumur 16 tahun.

Dfahamkan, dia tinggal bersama ibunya di Houstan, Texas dan hanya tiga kali bertemu bapanya, Amy Search selepas bercerai ketika Shasha masih kecil, hanya berusia 3 tahun. 

Untuk pengetahuan, walaupun Shasha dan Nabila Huda dianggap adik-beradik sah namun mereka lahir dari ibu yang berlainan. 

Nama ibu Nabila ialah isteri pertama Amy Search iaitu Faridah Fadzil, manakala ibu Shasha ialah Roslisa Ahmad, isteri ketiga kepada penyanyi rock itu. 

Berikut ialah beberapa keping gambar Shasha yang cukup membuat admin terpegun dan tergamam. Raut wajahnya begitu berbeza dengan kakaknya Nabila Huda kerana kelihatan lebih cerah, cantik dan jelita. 











4:52 AM 0

KANTOI !!! PEMAIN BOLA SEPAK PROFESIONAL DITANGKAP KHALWAT HABISLAHHHH !!!


Terima kasih kepada pembaca/pengunjung blog Suara Sukan, yang senantiasa mengikuti
perkembangan blog ini walaupun sepanjang bulan November ini, belum ada apa-apa 
update yang besar , al-maklumlah kerja makan gaji, jadi kesibukan kerja membataskan 
masa untuk duduk berkarya.

Sebut tentang pemain bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat ini, sebenarnya 
perkara ini berlaku sudah agak lama, iaitu ketika peminat bolasepak tempatan masih 
lagi dengan demam Piala Malaysia, ketika itu saingan baru memasuki fasa suku akhir. 
Penulis sengaja tidak mahu mendedahkannya ketika itu kerana tidak mahu ia 
menganggu kerancakkan saingan Piala Malaysia.

Al-kisahnya - seorang rakan menghubungi penulis dan memberitahu ada pemain 
bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat bersama isteri orang, dalam satu serbuan 
dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi 11Oktober lalu.

Tujuan rakan itu menyampaikan kepada penulis, bukan atas kapasiti penulis ni seorang
wartawan atau blogger, tapi kerana rakan kepada suami wanita itu yang juga merupakan 
ahli sukan, juga merupakan rakan kepada penulis.

Menurut sumber yang turut sama terlibat dalam operasi, pemain yang mewakili sebuah
pasukan berprofil tinggi (sekarang ni sedang dipancing sebuah lagi pasukan berprofil 
tinggi) dalam saingan Liga Super, singgah di rumah pasangannya berusia 28 tahun yang
sudahpun beranak dua itu, selepas beraksi mewakili pasukannya beraksi pada 
perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia.

Hubungan antara pemain berusia 25 tahun yang juga pernah mewakili skuad Shahzan 
Muda dan Perlis, dan wanita berkenaan dilaporkan sudah terjalin sejak 2 tahun lepas,
dan suami wanita itu pernah beberapa kali berjumpa dengan pemain itu untuk
menasihatkannya agar tidak berskandal dengan bini orang, namun tidak diendahkan.

Pemain itu, yang juga anggota skuad kebangsaan sejak penghujung 2007, memainkan 
peranan penting dalam skuad negara sebelum tersisih akibat kecederaan, yang 
menyaksikannya terlepas beberapa kejohanan utama seperti Sukan Sea 2009 Sukan 
Asia 2010 dan Piala AFF Suzuki 2010.

Perkembangan ini nyata suatu yang cukup mengejutkan dan mengecewakan, apatah 
lagi dikhabarkan ia telah sampai ke pengetahuan Presiden Persatuan Bolasepak 
diwakilinya, yang sebelum ini beria-ria memancingnya untuk beraksi bersama 
pasukan itu.

Pemain itu yang dihubungi Suara Sukan, mengesahkan memang dia yang terlibat 
dalam tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut dan sekadar menjawab, “takpelah 
awak tak tahu cerita sebenar, nak naikkan nama susah, tapi menjatuhkan orang senang..”

Kepada pemain tersebut, ini bukan soal tahu atau tidak perkara sebenar, setiap orang 
yang ditangkap khalwat akan cakap benda sama. Yang peliknya anda tanpa segan silu 
mengaku mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan yang sudah beranak 2, dan
langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Patutnya malu dengan diri sendiri.