Searching...
Monday, June 29, 2015
12:48 AM 0

GEMPAKKK !!! BAYI TERJUMPA DENGAN MASIH BERTALI PUSAT

KUALA KUBU BHARU – Seorang bayi perempuan dipercayai berusia seminggu dan masih bertali pusat dijumpai sepasang suami isteri di luar kediaman mereka di Taman Ampang Indah.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, bayi ditemui dalam beg pakaian.
“Pengadu memberitahu terdengar bunyi bayi menangis di luar pintu pagar. Bayi itu kita tidak pasti identiti bangsanya dan pengadu kemudian membawa bayi berkenaan ke Balai Polis Kuala Kubu Bharu untuk tindakan lanjut.
“Bayi itu kemudian kita hantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan lanjut.
“Pemeriksaan doktor juga mendapat bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini ditempatkan di wad kanak-kanak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tambahnya, ketika ditemui, beg pakaian itu turut mempunyai beberapa helai pakaian bayi dan lampin pakai buang.
“Kami telah hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan polis kini membuat pemeriksaan di hospital dan klinik untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu siasatan bagi mengesan suspek yang membuang bayi itu.
“Siasatan masih diteruskan dan kami mohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil bagi membantu pihak polis,” katanya.
Artikel menarik:

0 comments:

Post a Comment