Searching...
Tuesday, September 30, 2014
3:13 AM 0

15 JENIS PENYAKIT ATAU SYNDROME YANG PALING ANEH DI DUNIA


Kalau kita terjumpa manusia yang menghidap penyakit 

macam ini, jangan la pula kita sindir, hina dan pulaukan. 

Mereka pun manusia biasa macam kita, cuma bahagian 

yang diorang terima tu saja yang berbeza daripada kita.

Kadang-kadang penyakit macam ini berpunca daripada 


masalah keturunan, genetik atau pun bawaan. Itu yang 

nampak sesetengah penyakit kelihatan pelik, jijik dan 

menggelikan. Kalau nak tahu apa jenis penyakit yang pelik-

pelik tu, jom layan kat bawah ni..

Progeria


Penyakit dimana seseorang akan nampak lebih tua dari umur dia yang sebenar. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang ekstrem.

Tree Bark Skin Disorder


Juga dikenali sebagai 'Epidermodysplasia Verruciformis'. Berpunca daripada virus human papilloma (HPV) yang tersebar di luar kawalan. Kes paling popular adalah kes Dede Koswara, warga Indonesia yang digelar 'Tree Men'. Dalam Discovery Channel pernah diceritakan tentang dia.

Lion Face Syndrome


Dikenali sebagai 'Leontiasis ossea'. Berpunca daripada pertumbuhan luar biasa pada wajah dan tengkorak.

Porphyria The Vampire Disease


Berpunca daripada komplikasi neurologi atau masalah kulit (atau kedua-duanya sekali).

Werewolf Syndrome


Dikenali sebagai 'Hypertrichosis' atau Ambras Syndrome. Berpunca daripada mutasi genetik dan boleh terjadi sejak lahir atau selepas dari itu.

Proteus Syndrome


Dikenali sebagai Wiedemann's Syndrome dan berpunca daripada mosaicism genetik. Menyebabkan pertumbuhan kulit yang cepat dan perkembangan tulang atipikal, serta diiringi tumor lebih setengah badan..

Neurofibromatosis


Berpunca daripada warisan genetik di mana tisu saraf tumbuh menjadi tumor yang boleh menyebabkan kerosakan yang serius disebabkan pemampatan saraf dan tisu-tisu lain.

Polydactylism


Dikenali sebagai 'Hyperdactyly'. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang menyebabkan pertumbuhan jari-jemari yang berganda bilangan.

Lamrey Disease


Berpunca daripada jangkitan parasit yang tinggal di dalam air dan sering ditemui pada ikan. Di Malaysia kita belum pernah mendengar lagi pasal penyakit ini.

Elephantiasis


Berpunca daripada penyakit atau podoconiosis yang menyebabkan penebalan kulit dan tisu asas, terutamanya di bahagian kaki dan alat kelamin lelaki.



0 comments:

Post a Comment