Ampang; Seorang lelaki terperanjat apabila melihat vedeo bogelnya dalam laman sosial facebook yang dirakam oleh seorang wanita yang baru dikenali dalam laman sosial skype yang bernama cik Wawa. wanita berkenaan memaksa lelaki tersebut untuk melakukan pembayaran duit sebanyak RM1500 sebagai tebusan supaya rakaman videonya tidak terus disebarkan dalam you tube.
Kini mangsa sedang panik dan membuat laporan kepada pihak polis utuk siasatan bagi menghentikan penyebaran aksinya dalam rakaman video call skype.
Menurut mangsa, dia mengenali wanita ini pada beberapa minggu lalu dan kerap berhubung melalui laman sosial skype, tetapi tiba-tiba pada masa itu wanita tersebut berkelakuan pelik dengan membuat aksi yang menjijikkan, membuka baju tanpa seurat benang semasa video call, dan yang pelik dia diajak untuk melakukan perkara yang sama apa yang dilakukan oleh wanita tersebut, pada mulanya dia enggan melakukan perkara tersebut, disebabkan teruja dengan aksi wanita itu tanpa disedari mangsa tiba-tiba melakukan aksi yang sama apa yang dilakukan oleh wanita terebut.
dalam laporan tersebut, mangsa cuba menamatkan perbualan mereka namun mangsa mendakwa dia telah dipukau setelah menyedari dirinya bogel.
0 comments:
Post a Comment