Macam ni
ceritanya, rasanya ramai sedia maklum bahawa pelakon yang tengah top
sekarang, Siti Saleha sedang bercuti di Salang Beach, Pulau Tioman.
Namun ada berita tak sedap yang kami terima apabila ada sumber-sumber memberitahu bahawa sekeping foto Siti Saleha yang sedang duduk di tepi pantai jadi bahan pula.
Namun ada berita tak sedap yang kami terima apabila ada sumber-sumber memberitahu bahawa sekeping foto Siti Saleha yang sedang duduk di tepi pantai jadi bahan pula.
Sangat
annoying okay. Kami pun rasa sakit hati bila melihat screenshot
komen-komen yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp oleh sumber-sumber
yang juga merupakan peminat Siti Saleha itu.
Mereka
juga memberitahu bahawa mereka tak berapa berkenan dengan situasi
tersebut. Yelah kan, dah nama pun peminat, mestilah tak suka bila
idolanya jadi bahan gangguan seksual.
Bagaimanapun,
apabila kami jengah sendiri ke laman Instagram pelakon cantik itu,
komen-komen tersebut didapati bukan sahaja mencemari sekeping gambar,
tapi boleh dikatakan majoriti gambarnya dibanjiri dengan kata-kata tak
senonoh. Kami pula yang rasa takut!
Ada
juga yang berpendapat Saleha kerap menjadi mangsa lucah kerana gaya
pakaiannya yang seksi. Tapi bila diperhatikan, foto yang tak mendedahkan
bahagian tak sepatutnya pun tetap dijadikan bahan.
Tak fahamlah, mungkin Saleha kena buat sesuatu untuk membendung perangai tak senonoh segelintir pengikutnya di laman sosial.
0 comments:
Post a Comment