Searching...
Friday, October 3, 2014
3:35 AM 0

INI AKIKAT JIKA GUNA INAI DAKWAT DITANGAN !!!!!

Inilah kesan memakai inai dakwat ditangan.. tangan akan bernanah seperti yang anda nampak dalam gambar dibawah ini.. sungguh mengerikan... seabarkan kepada orang tersayang..


Sejak akhir-akhir ini tersebar gambar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp keadaan mengerikan tangan seorang wanita bengkak bernanah.

Penerima gambar diberi amaran dengan memetik kejadian menimpa seorang gadis yang dikatakan mendapat jangkitan kuman di tangan hingga terpaksa dipotong kerana alah dengan sejenis bahan kimia yang terdapat dalam inai dipakainya.

Berikut adalah kata-kata amaran yang disebarkan bersama gambar ini:

Kepada pengguna henna (inai) tolong baca dan sebarkan kepada semua wanita yang anda kenal. Seorang gadis telah menginaikan tangan dan lengannya (Mehndi) dikenal sebagai “Red Cone” beberapa bulan sebelum majlis perkahwinannya.

Selepas memakainya tangan dan kakinya telah dijangkiti sejenis penyakit, maka doktor mencadangkan untuk MEMOTONG lengan dan kakinya.

Tolong sebarkan. Campuran kon ini berada di mana-mana pasaran dengan nama “PARTY MEHNDI RED CONE” Sila jangan pakai inai ini!!! Kerana ia mengandungi kimia yang sangat merbahaya yang boleh membunuh!

BAGAIMANA pun pemeriksaan kami mendapati ini sebenarnya isu lama yang pernah mencetuskan kontroversi di India pada 2012 namun kini dikitar semula pihak tertentu.

Gara-gara perbuatan tak bertanggung jawab ini, ia boleh menjadi fitnah kepada produk tertentu apatah lagi semakin ramai wanita beragama Islam di Malaysia sekarang gemar memilih inai untuk mewarnakan kuku.

Berbalik pada kisah kontroversi dicetuskan gambar ini di India terutama dalam kalangan masyarakat Islam dua tahun lalu, ia membuatkan beratus-ratus wanita dan kanak-kanak membanjiri hospital selepas sambutan Aidiladha tahun tersebut kerana mendakwa tangan mereka gatal-gatal selepas memakai inai.

Hal ini kerana memakai inai merupakan adat golongan perempuan di negara tersebut ketika menyambut hari raya.

Penyiasatan pihak berkuasa kemudiannya mendapati dakwaan gambar yang tersebar tidak berasas namun kerana terlalu mempercayai khabar angin, maka secara psikologi sebilangan pemakai inai ini menyangka tangan mereka berasa gatal dan sebagainya. 



SUMBER

0 comments:

Post a Comment