Searching...
Thursday, October 16, 2014
5:32 AM 0

Kelakuan SUMBANG TASHA DAN KEKASIH DI TANDAS KINI HANGAT DALAM PENGGAMBARAN ...??? (8 GAMBAR)

Kuala Lumpur: “Siapa yang cakap benda macam ini? Saya tak nak komen panjang-panjang selagi tak jumpa orang yang menyampaikan cerita itu!” tegas pelakon dan pengacara Tasha Shilla yang terkejut dengan dakwaan terbaru mengatakan dia melakukan ‘perb-uatan su-m--bang’ dengan teman lelakinya Han di set penggambaran, baru-baru ini.

Tasha atau Natashasheilla Abdul Razak, 27, berkata, tuduhan kononnya dia ‘me-m-adu asma--ra’ dengan kekasihnya di dalam bilik air di sebuah lokasi drama bersiri Maaf Jika Aku Tak Sempurna yang menjalani penggambaran adalah fitnah mengaibkan.

“Saya sampai tak tahu nak respons apa. Memang mengejutkan sebab macam tak sudah-sudah orang nak memalukan saya dengan cerita macam ini.

“Saya sedar ia bukan pertama kali dilemparkan, tapi cukup-cukuplah buat saya macam ini. Ini tuduhan melampau dan memalukan.

TASHA bersama kekasihnya, Han.

“Takkan saya tak boleh berfikir sampai perlu buat benda macam itu di tempat kerja?” katanya, petang semalam.

Sumber yang juga kru produksi drama bersiri 32 episod itu mendakwa berasa jelak dengan sikap Tasha yang tidak sensitif dan segan kerana berkelakuan sumbang dengan kekasihnya di lokasi, baru-baru ini.
SHARE :



 

 

Mohon dipercepatkan jodoh







MENGGULUNG tahun 2013 yang menghampiri garis penamat, Tasha Shilla mendesis seperti ada keluhan. Namun, ada satu sikapnya yang amat disenangi, dia seorang yang cukup optimistik.
Bicaranya teratur manakala pegangan diri menjadi pertahanan ampuh. Diselar atau dikritik, dihambur gosip atau cerita sensasi yang bisa menikam hingga ke jantung, wanita berumur 27 tahun itu tetap bersahaja. Sepertinya selok-belok permainan dunia hiburan sudah masak dihafal.
Matang bersama empat tahun pengalaman dalam sinar glamor lakonan, tetapi pada waktu yang sama hidup wanita kelahiran Ampang, Selangor itu tidak betah tanpa letusan kisah yang berapi-api.
"Saya cuma mahu menjadi seorang wanita biasa yang hidup sederhana tetapi kerja saya sebagai pelakon menjadikan saya dikenali. Saya juga punya sisi hidup lain selain menjadi pelakon. Jika itu yang menjadi perhatian, saya kena bersikap positif kerana tiada apa yang hendak disembunyikan," luahnya spontan menjurus kepada kisah keintimannya bersama petinju Muay Thai yang hanya dikenali dengan panggilan Hans.
Tanpa perlu dicanang, minggu lalu gambar-gambar kemesraan Tasha bersama Hans mudah sahaja menjelaskan persahabatan mereka. Kata Shila, usia perkenalan yang baru mencecah tiga bulan tidak membuahkan kenyataan yang pasti bahawa mereka sah berpacaran.
"Perasaan selesa dan suka itu ada. Tapi masa masih terlalu awal. Selagi saya tiada ikatan yang tetap dengan sesiapa, saya terbuka soal berkawan tapi tidaklah semudah itu meluahkan atau mengakui soal cinta terhadap seseorang yang belum pasti lagi menjadi jodoh saya. Bagi saya, berkawan itu normal tetapi cinta itu terlalu mahal untuk diungkapkan apatah lagi ketika hubungan belum pasti hujung pangkalnya," kata Shila sambil mengakui senang didekati dan meluangkan waktu bersama jejaka berketurunan Cina itu.
Melihat kelibat lelaki mengisi diarinya, kategori ahli sukan mempunyai ruang istimewa di mata Tasha.
"Saya boleh berkawan dengan sesiapa pun. Kawan saya bukan hanya pelakon, saya masih berkawan dengan kawan-kawan sekerja sebelum ini. Saya kenal Hans pun melalui seorang kawan. Kebetulan pula dia seorang petinju Muay Thai dan dia bukannya ambil tahu sangat pasal lakonan saya. Dengan (pemain bola sepak ) Mahali Jasuli pula, kami tiada apa-apa hubungan kecuali kawan, sampai sekarang kami masih berhubung sebagai kawan.
"Saya hargai setiap perasaan orang terhadap saya tetapi untuk membalasnya dengan harapan menggunung, belum lagi," ujar Tasha sambil tertawa kecil.
Lebat tawaran lakonan



SEPANJANG mengecap nikmat popular, Tasha Shilla tidak pernah sepi daripada dihambat kisah sensasi. Tahun 2013 dianggapnya sebagai tahun yang sangat mencabar kerana terpaksa berdepan tuduhan bahawa dia pernah ditangkap khalwat dan menjalani pembedahan plastik untuk mencantikkan hidung.




Lingkar keberadaan Natashasheila Abd. Razak sebagai bunga di pentas hiburan sudah menampakkan penerimaan. Namanya menjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk mengisi bermacam slot di kaca televisyen. Dalam waktu yang sama, saat namanya mula hendak mekar, saat itu juga hinggap bermacam cerita negatif yang adakalanya mencalar imej dan keperibadian yang dibawa.
"Tapi saya bersyukur sebab rezeki saya tidak putus-putus. Tahun ini sahaja, saya sudah selesaikan beberapa drama bersiri seperti Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Epiloq Cinta Kirana dan sekarang sedang muncul dengan Terukir Di Bintang. Tahun ini, saya banyak drama bersiri, tak macam tahun lepas, saya banyak buat telemovie.
"Tahun ini juga, saya berdepan macam-macam kontroversi. Kisah cinta tak payah cakaplah, tak habis dengan Mahali, timbul pula isu fitnah kena tangkap khalwat dengan dia. Kemudian, buat pembedahan plastik cantikkan hidung. Kiranya, teruk juga kontroversi berkenaan, tapi sampai ke hari ini, saya okey. Saya faham, apabila sudah jadi selebriti, mahu atau tidak, saya kena berdepan situasi begitu," katanya lancar sambil berkira-kira tentang jadual kariernya yang padat sehingga awal tahun depan.
Masih berada di lokasi drama bersiri Dingin Sahara untuk siaran RTM, Tasha akan berangkat ke Bandung, Indonesia untuk penggambaran drama berkenaan selama tiga minggu. Sekembali dari Bandung kelak, dia akan ke Korea Selatan bersama pelakon Nazim Othman untuk menjalani penggambaran drama berjudul Gerimis Salju.
"Sebuah lagi drama lakonan saya, Ariana Rose akan disiarkan di televisyen. Itu pun sebuah karya yang menarik," katanya yang mengakui sedang mengalami zaman peralihan, daripada pendatang baharu kepada pelakon yang lebih senior.
Tambah Tasha: "Banyak lagi yang harus saya pelajari tetapi banyak juga pengalaman yang telah saya kutip. Saya selesa dengan penerimaan dan pencapaian saya setakat ini."
Azam 2014


HARAPAN Tasha Shilla untuk tahun 2014, dia mahu membeli sebuah rumah baharu untuk keluarganya selain mohon jodohnya dipercepatkan. Dia sudah sedia bergelar isteri.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment