Searching...
Wednesday, December 3, 2014
3:20 PM 0

KANTOI !!! INSPEKTOR BUAT LAPORAN POLIS UNTUK DIRI SENDIRI KERANA WANG DI CURI OLEH PELACUR .... mengapa begitu ??? (2 GAMBAR )

ISU INSPEKTOR MELAYU BUAT LAPORAN POLIS SELEPAS LANGGAN PELACUR

Rasanya gambar perihal laporan polis bermacam-macam versi di laman sosial sememangnya amat popular hingga sering kali menjadi modal orang ramai untuk terkekeh-kekeh ketawa membaca laporan yang adakala mempunyai unsur-unsur humor.

Hari ini heboh tersebar pula laman-laman sosial berkenaan sebuah laporan polis yang diadukan oleh seorang Inspektor polis sendiri kerana duit miliknya telah dicuri.

Bagaimanapun, ramai yang tidak sangka inspektor tersebut dengan berani membuat laporan dan mengaku yang kejadian itu terjadi selepas dia bersetubuh dengan seorang pelacur di sebuah kedai spa berdekatan Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

ISU INSPEKTOR MELAYU BUAT LAPORAN POLIS SELEPAS LANGGAN PELACUR

Menurut inspektor ini, wangnya berjumlah RM1550 telah dicuri oleh pelacur yang dilanggan ketika dia keluar untuk membasuh kemaluannya di bilik air.

Alamak, kita yang membacanya pun terus rasa malu dan geli!

Ramai juga pengguna laman sosial, Facebook meluahkan rasa terperanjat membaca laporan polis ini kerana masing-masing tidak menyangka inspektor tersebut berani mengaku keaiban diri sendiri.

Lebih parah dan sedih, apabila mengetahui inspektor tersebut adalah orang melayu dan Islam sendiri.

Apa lagi, beribu-ribu kutukan pengguna sosial mempersoalkan ‘kebodohan’ lelaki tersebut. Tidak kurang juga yang marah apabila melihat  larangan agama Islam ini  seolah-olah diperkotak-katikkan.

Jika benar perkara ini berlaku, moga inspektor ini dapat segera bertaubat dan mengambil insiden ini sebagai pengajaran.



0 comments:

Post a Comment