Baru-baru ni ada la seorang student nurse kat tempat kerje aku, dia dengan tak tersengaja tercucuk jarum dari seorang pesakit HIV sewaktu nak memberi ubat. Pas tu dia cepat-cepat picit darah tu keluarkan semua darah tu dari jari dia yang tercucuk jarum bekas pesakit HIV tu sambil nangis-nangis. Sampaikan nampak pucat je jari budak tu tekan jarinya.
Aku memang sedih tengok budak tu time tu, tapi tak boleh nak kata apa selain suruh dia tekan lebih 5-10 minit jari dia untuk keluarkan darah tu sebagai langkah kurangkan jangkitan.
Tidak lama lepas tu, budak tu kena refer ke unit kawalan jangkitan untuk kaunseling, kena buat insiden report dan sebagainya. Lastly on the same day budak tu terus memulakan makan ubat HAART, biasa ubat HAART tu hanya untuk pesakit HIV yang biasa amik tu.
So bila aku pun tanya la kat pegawai farmasi yang bertugas tu selaku kawan saya juga, saya tanya, "Kalau sesorang tu dah tercemar dengan virus HIV tu boleh ke elakkan dari terkena jangkitan tu lagi dengan memakan ubat tu."
Dan dia bagitahu saya. "YA BOLEH,"
Tetapi dengan syarat terus direct on the sport makan ubat tu pada time tu jugak macam budak tu tadi dan risiko untuk mendapat jangkitan memang rendah sangat-sangatlah (percent aku lupa tanya pulak..he..he..) Tapi selepas 3 dan 6 bulan perlu membuat pemeriksaan darah dan seterusnya sehingga keputusan darah menunjukkan seseorang tu betul-betul bebes dari jangkitan HIV.
After that baru aku tahu yang sebenarnya jika kita rasa kita dah terdedah dengan aktiviti berisiko tu pada time tu juga, direct on the sport ambil ubat HAART ni terus boleh mengurangkkan dan merendahkan terus diri kita dari dijangkiti virus HIV ni, sebab virus masih bilangan kecik sangat lagi kan.. :)
Nabil Baifern
Salam Nabil Baifern,
Terima kasih kerana berkongsi kisah, abang simpati dengan rakan nurse yang tercucuk jarum suntikan dari pesakit HIV itu, abang harap dia masih mampu berfikiran positif dan semoga pemberian HAART itu boleh menghalang kuman dari berkembang biak. Mudah-mudahan dia TIDAK lah dijangkiti HIV.
Sebenarnya pemberian ubatan HAART kepada nurse berkenaan dipanggil, POST EXPOSURE PROPHYLAXIS (PEP). PEP ini adalah rawatan awal untuk pencegahan HIV jika sukarelawan atau petugas perubatan (nurse) di tempat kerja tercedera terkena atau tercucuk jarum suntikan yang ada darah pesakit HIV. Abang ada share maklumat ini dalam beberapa entri sebelum ini (tapi lupa mana satu entri tersebut)
Contohnya jika seseorang telah didedahkan kepada HIV, akibat kecederaan jarum cucuk jadi kemungkinan dia boleh diberikan ubat HIV untuk cuba menghalang penyebaran jangkitan daripada berlaku. Ini dipanggil (dalam bahasa melayunya) “Profilaksis Selepas Pendedahan” (PEP)dan perlu diberikan oleh pakar yang bertauliah (doktor pakar HIV/AIDS lah) secepat mungkin selepas pendedahan dan dalam masa 72 jam. Ianya merupakan langkah pencegahan dengan mengambil ubatan HAART dengan harapan mengurangkan peluang mendapat jangkitan HIV daripada pendedahan (yang tidak disengajakan)
Tapi kebiasaannya PEP ini diberi kepada para petugas yang telah pasti berisiko dijangkiti HIV tanpa sengaja (dan ada bukti kukuh) seperti nurse, doktor atau polis yang secara tidak sengaja tercucuk jarum ketika menjalankan tugas kalau polis tu ketika membenteras jenayah berkaitan penagih dadahkan. Jika mereka terkena cucukan jarum yang kemungkinan besar ada kuman HIV ni maka mereka ada segera diberi rawatan PEP.
Hampir sama seperti kes seorang bayi Mississippi yang dilahirkan oleh seorang ibu yang baru disahkan positif HIV,
“Sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS), mengumumkan pasukannya berjaya merawat bayi yang dilahirkan dengan virus HIV. Bayi tersebut diberi rawatan yang teliti dan pantas berbanding biasa, bermula dengan tiga jenis ubat dalam masa 30 jam selepas dilahirkan. Sebelum ubat diberi, ujian mengesahkan bayi tersebut dijangkiti HIV, namun ibunya tidak pernah menjalani ujian sehinggalah tiba di wad bersalin.
Saya hanya merasa bayi ini mempunyai risiko yang tinggi berbanding risiko normal dan menerima rawatan terbaik daripada kami," kata Dr. Hannah Gay, Pakar Pediatrik HIV di Universiti Mississippi yang turut menyertai penyelidikan itu.
Tindakan pantas itu katanya, bertindak dengan menyekat HIV di dalam darah bayi, sebelum sel-sel virus itu bersembunyi di dalam tubuh bayi tersebut.
Kebiasaannya simpanan sel yang terpendam dengan pantas akan menjangkiti semula pesakit yang menghentikan rawatan ubat, namun dalam kes ini menunjukkan kesan sebaliknya dan doktor berterusan memantau bagi memastikan bayi itu ia bebas sepenuhnya daripada virus HIV.
Pernah seorang pembaca tanya abang bagaimana nak dapatkan rawatan segera jika kita syak diri kita baru sahaja dapat jangkitan HIV.
Abang kata kena buat lapuran segera kepada pihak hospital lah, tapi kalau kita pergi buat seks dengan pekerja seks atau dengan pasangan sejenis (gay) kita, yang kita tidak tahu kesahihan tepat status diri mereka macam mana nak buat laporankan. Takkan lah kita nak kata, nak dapatkan ubatan HAART sebab baru beberapa jam tadi aku buat seks dan aku hanya rasa kemungkinan sudah dijangkiti HIV.
Adoiii tak boleh main agak-agak, sekurang-kurangnya kena ada bukti pasangan kita itu sah positif HIV. Kena tarik tangan pasangan seks tu dulu buat ujian HIV dengan segera bagi mendapatkan bukti kukuh. Nak ke kita tarik pekerja seks atau rakan gay kita buat ujian segera HIV? Dan bagaimana kalau pasangan kita tu tidak ada HIV?
Ada seorang rakan tu pulak kalau (tak silap) abang dia mengaku ada buat seks guna kondom, tapi takut diri dah dijangkiti HIV dia kata nak makan ubatan HAART tu dan tanya macam mana nak dapatkan ubatan tu. So abang terpaksalah terangkan kepada dia, kita kena ada bukti kukuh yang diri kita telah berisiko dijangkiti HIV, seperti kawan nurse Nabil yang tercucuk jarum pesakit HIV tu untuk dapatkan rawatan PEP ini.
Tak bolehlah disebab kegagalan kita mengawal nafsu melakukan seks rambang tanpa pelindungan sama ada dengan pekerja seks atau pasangan sejenis, dan apabila rasa takut terus nak dapatkan rawatan PEP ini.
Lainlah kalau pasangan kita ialah suami atau isteri kita yang sah positif HIV dan rekod mereka ada dalam simpanan dihospital. Mungkin ketika melakukan hubungan seks kondom telah bocor tanpa disedari, sehingga memungkinkan pasangan mereka itu berisiko dijangkiti HIV. Maka pasangan suami isteri ini kenalah segera berjumpa dengan doktor yang merawat mereka, dan abang yakin insyaallah rawatan PEP boleh diberi dengan segera kepada pasangan mereka yang negatif HIV itu dengan segera.
Setahu abang tidak mudah untuk mendapatkan ubatan HAART sebab ubatan HAART ini antara ubatan terkawal, maknanya tidak sewenang-wenang boleh diberi kepada orang dan setahu abang ubatan ini tidak ada dijual dimana-mana farmasi di shopping komplek diluar sana. Lagi satu harga ubatan HAART ini sememangnya agak mahal Yang abang maksudkan rawatan PEP diatas ialah di Hospital Kerajaan.
Saya sebenarnya tidak pasti sama ada anda boleh dapatkan rawatan PEP dengan segera atau tidak dimana-mana hospital swasta, jika mengesyaki diri telah dijangkiti HIV tapi boleh cuba baca komen seorang pembaca dalam ruang komen dalam entri Puan LISA disini, kerana pembaca tersebut ada menasihatkan Pn Lisa agar segera ke Sime Darby Medical Centre bagi mendapatkan nasihat dari doktor Nor Liza Ariffin, siap ada ditinggalkan sekali didalam ruang komen itu, no phone pusat perubatan tersebut bagi urusan membuat appoitment. Tapi sekali pun jika boleh dapatkan rawatan dengan segera bagi mencegah kuman HIV berkembang biak dalam tubuh kita dipusat perubatan berkenaan, pastinya anda terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi disana.
Abang harap Nabil dan kepada semua kakitangan perubatan kena lebih berhati-hati dan tidak cuai ketika menjalankan tugas. Kadang-kadang abang sendiri risau apabila melihat nurse yang mengambil darah abang menghala arah jarum yang telah berisi darah, risau ketika mereka hendak memasukkan darah abang yang ada HIV ni ke dalam tabung kecil yang tersedia, jika tidak berhati-hari boleh menyebabkan jarum tersasar terkena pada jari mereka sendiri ketika memegang tabung uji berkenaan.
Pada abanglah tak mengapa jika mengambil darah PLHIV tanpa mengunakan sarung tangan sebab, sentuhan jari yang tidak ada luka jika memegang darah pesakit HIV tidak menyebabkan berlakunya jangkitan HIV, TETAPI abang faham mereka kena memakai sarung tangan sebab terpaksa mematuhi prosedur yang telah ditetapkan, mungkin bagi mengelak jangkitan lain-lain penyakit.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment