SEREMBAN - Seorang penjenayah putus tangan kanan akibat dilibas dengan parang oleh tuan rumah di Taman Sikamat Utama, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian pada 3.30 pagi itu sekumpulan empat lelaki ( suspek) memecah masuk rumah sepasang suami isteri warga Myanmar dan pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR)
Suspek memecah masuk melalui tingkap di ruang tamu sebelum menendang pintu bilik menyebabkan mangsa berusia awal 40-an dan isterinya berusia 30-an terkejut. Dua daripada suspek lelaki kemudian terus serbu kedua-dua mangsa dia atas katil dan mangsa lelaki telah ditumbuk bertubi-tubi dan dipuku.
Bagaimanapu mangsa lelaki Myanmar itu melawan dan berjaya mengambil parang dan terus melibas ke arah suspek mengakibatkan seorang daripada suspek terkena libasan parang dan putus tangan kanan di bahagian pergelangan tangannya.
berikutan itu, semua suspek melarikan diri keluar ikut pintu hadapan rumah, katanya.
Polis yang menjalankan pemeriksaan dan siasatan menemui suspek berumur 26 tahun yang cedera putus tangan kanan dalam semak kira-kira 50 meter dari rumah mangsa manakala tiga lagi suspek melarikan diri dengan sebuah van putih.
Muhamad Zaki berkata lelaki terbabit yang juga memiliki kad UNHCR kini menerima rawatan di Hospital Tunku Ja'afar Seremban (HTJS)
Polis merampas sebilah parang sepanjang 50cm dengan kesan darah dan turut menjumpai dua utas rantai leher sepasang subang dan wang tunai Rm50 di tempat kejadian.
" Kerugian diangarkan Rm5,000. Polis juga akan menyiasat dari sudaut jika ada motif lain", katanya.
SUMBER
0 comments:
Post a Comment