Sekali baca tulisan wartawan di Harian Metro hari ini bunyinya seperti kisah drama yang dilakonkan pasangan popular ini namun ayat digunakan memang serius mengatakan yang Zizan Razak dan Emma Maembong kini sudah putus cinta.
Baru sahaja rasanya kita membaca kenyataan Emma Maembong yang tidak lagi mahu bercerita tentang soal kahwin bersama Zizan Razak, hari ini dihidang pula khabar angin yang pasangan ini sudah tidak bersama sejak sebulan yang lalu.
Menariknya, penulsi itu turut berkata yang Emma Maembong sudah pun bertemu pengganti iaitu pelakon Kamal Adli yang sebelum ini bercinta dengan Intan Ladyana.
“Dengarnya, Emma baru pulang dari Thailand & Kamal sanggup meninggalkan set penggambaran semata-mata mahu ambil buah hatinya di lapangan terbang. Kalau setakat berkawan, takkan Kamal sanggup berkejar jemput Emma kan! Itu buang karan namanya”
“Bila difikirkan semula, patutlah status Whatssap Emma sejak sebulan lalu mencurigakan. Seakan akan dia berada dalam ‘mood‘ kecewa dan cuba bertenang,” tulis wartawan itu lagi.
Kalau dilihat di akaun sosial Instagram mereka, Emma Maembong dan ZIzan Razak masing masing masih berkongsi gambar berdua sehingga beberapa hari lalu dan gossip ini nampak sedikit pelik & jika benar, memang ianya satu yang mengejutkan. Ke tidak?
0 comments:
Post a Comment