Searching...
Sunday, March 8, 2015
10:24 PM 0

HANGAT !!! ADA BILIK KHAS UNTUK BERMESRA SELAMA 5 JAM DENGAN BANDUAN TERORIST YANG BERKHAWIN DI PENJARA ARAB SAUDI ( 3 GAMBAR )



GAMBAR HIASAN
RIYADH — Sebuah penjara di Arab Saudi di Al-Hair dekat sini, mempunyai kawalan yang sangat ketat kerana disini adalah ditempatkan pesalah-pesalah  militan pengganas IS.
Apa yang mengejutkan kemudahan di penjara ini seperti sebuah hotel ‘mewah’.
Antara  fasiliti mewah untuk 1,100 tahanan kes terorisme yang disediakan , adalah termasuk bilik penjara yang lengkap dengan katil berukuran king size, satu set televisyen, bilik mandi dan peti sejuk  serta mesin wang ATM.
Penjara tersebut terletah berdekatan dengan Riyadh iaitu  40 kilometer di selatan ibu negara Arab tersebut, dan merupakan  penjara yang terbesar di Arab Saudi.
Penjara tersebut dibina khusus untuk militan  rangkaian Al-Qaeda tetapi , kerajaan Arab Saudi tetap tidak lupa kebajikan beberapa bilik khas bagi banduan yang telah berkahwin.
Sebulan sekali, banduan tersebut dibenarkan untuk mendapatkan ‘waktu seks’ bersama pasangan masing-masing iaitu selama lima jam untuk bersetubuh di dalam bilik khas yang dilengkapi dengan kemudahan seperti  katil, cadar dan snek ringan untuk dinikmati bersama ketika aktiviti dijalankan.
Selain daripada penjara tersebut, Arab Saudi memiliki 4 buah penjara yang mempunyai kawalan maksimum, tetapi lebih kecil sedikit saiznya, ia adalah  khusus bagi menghukum pesalah anggota  pengganas IS supaya mereka kembali insaf.
Wartawan telah diberi kebenaran oleh Putera Mohammed bin Nayef, Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, untuk membuat tinjauan di setiap penjara mewah tersebut.

Kolam renang yang disediakan untuk kemudahan  banduan  dapat berenang santai dalam sebuah penjara Arab Saudi khusus untuk militanpengganas. – Gambar hiasan
“Kami tidak ada apap untuk disembunyikan. Sila tunjuk bangunan atau sel mana sahaja dan wartawan boleh lihat sendiri di depan mata,” kata  Mohammed al-Ahmed, pengarah penjara Al-Hair, kepada sekumpulan petugas media antarabangsa.
Tidak seperti Penjara Guantanamo Bay milik kerajaan Amerika Syarikat yang jelas mendera dan menzalimi banduan, tetapi kerajaan Arab Saudi telah mengurus kebajikan kepada keluarga tahanan teroris tersebut ia  termasuklah dengan menyediakan wang bajet untuk membeli makanan, duit sewa rumah serta yuran sekolah anak.
Malahan, pihak berkuasa turut menawarkan perbelanjaan hotel penginapan serta pengangkutan kepada anggota keluarga tahanan yang datang dari jauh untuk melawat keluarga mereka  yang menjadi penghuni Al-Hair.


Penjara tersebut juga terdapat sebuah hotel sebagai ‘ganjaran’ kepada tahanan yang didapati berkelakuan baik yang lengkap dengan hiasan bunga-bunga segar, makanan buffet dan ruang khas untuk anak-anak tahanan datang bermain. 

SUMBER: AGENSI

0 comments:

Post a Comment