AKIBAT terpengaruh dengan iklan suntikan pencerahan yang diajar untuk dilakukan sendiri menerusi sebuah blog, saya kini menyesal tak sudah.
Badan saya bukan sahaja tidak putih seperti dikatakan blog itu tapi sebaliknya bahagian suntikan membengkak dan bernanah. Saya terpaksa menanggung kesakitan yang teruk kerana bahagian bernanah tidak pernah kering hampir berbulan-bulan lamanya.

Saya terpaksa mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik estetik dengan kos yang tinggi atas perbuatan sendiri. Menurut doktor estetik, saya masih bernasib baik kerana merujuk penyakit itu kepadanya, jika tidak, penyakit lebih parah seperti kanser kulit boleh menyerang.
Saya menangis mendengar penjelasan dan penerangan doktor mengenai kesilapan saya yang mengambil sendiri suntikan dengan produk terlarang dan tidak dikenal pasti kesahihannya. Akibat mudah terpengaruh, dan ingin berubah menjadi seorang yang putih dan cerah, saya akhirnya merosakkan diri sendiri.

Malah, diri terpaksa menanggung kesakitan semata-mata mahu cantik cara mudah, cepat dan murah. Untuk pengetahuan, sebelum ini saya sudah beberapa kali ke Thailand dan Vietnam untuk mendapatkan prosedur kecantikan yang mudah diperoleh di sana. Semua itu atas cadangan kawan-kawan dan ejen yang pernah mendapatkan prosedur sama.
Tanpa berfikir panjang dan melihatkan keberkesanan rawatan tersebut ke atas tubuh dan wajah kawan-kawan, saya terdorong melakukannya juga. Ada prosedur jenis sapu, suntikan, pembedahan plastik minor, prosedur menggunakan laser dan ada juga prosedur melalui kaedah pemakanan pil dan ubatan.
Saya tidak nafikan ada yang berkesan tetapi hanya jangka masa pendek dan saya perlu berterusan menjalani rawatan yang sama, selang beberapa bulan.
Ketika itu hanya kepuasan menguasai diri tanpa saya fikirkan kesan jangka masa panjang.
Mungkin inilah petunjuk kepada saya agar saya segera tersedar kesilapan diri yang sanggup merisikokan nyawa hanya kerana mahu cantik. Bayangkan berapa banyak kos yang telah saya habiskan untuk kecantikan diri yang tidak kekal lama dan memberi kesan negatif ini.
Sedangkan, jika saya terus berurusan dengan pakar estetik bertauliah di negara kita, sudah pasti saya selamat meski pun jangka masa keberkesanannya agak lama. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu menanggung kesakitan teruk dan tidak perlu menanggung kos rawatan tambahan untuk membaiki dan merawat segala kesan sampingan hasil prosedur murah luar negara.
Saya benar-benar menyesal dan ingin sekali memberitahu wanita dan setiap individu di luar sana agar jangan mudah terpengaruh dengan prosedur tidak bertauliah menerusi internet.
Di Malaysia pun ada banyak pusat rawatan estetik yang bertauliah. Walau pun kos tinggi sedikit tetapi sama sahaja jika dibandingkan dengan kos penerbangan ke luar negara, kos hotel sepanjang berada di sana untuk rawatan, kos ejen dan kos rawatan baik pulih sekiranya mendapat kesan negatif.
Percayalah, ejen dan pusat kecantikan luar negara tidak akan bertanggungjawab terhadap kesilapan dan prosedur yang telah mereka lakukan ke atas anda.
Anda tidak akan mendapat pembelaan sekiranya sesuatu berlaku ke atas diri anda.
Berbeza dengan rawatan di klinik estetik, pakar akan memberikan diskripsi penuh mengenai ubat dan prosedur kecantikan yang akan anda jalani. Ia direkod secara bersistematik dan anda mempunyai pengetahuan mengenai apa yang anda terima dan jalani.
Pengalaman saya sendiri, selepas ditimpa penyakit dan ingin mendapatkan rawatan baik pulih di Malaysia, saya sendiri tidak tahu apa yang disuntik dalam tubuh saya.
Ini memberikan kesukaran kepada doktor di sini dan doktor terpaksa mengkaji dahulu bahan yang disuntik sebelum rawatan dapat dijalankan. Lihatlah betapa cuainya saya sehingga tidak sedar yang saya telah mengabaikan kesihatan saya sendiri. - Nor, 30, Pereka gaya rambut.

SUMBER
0 comments:
Post a Comment