Searching...
Tuesday, June 30, 2015
4:43 AM 0

GEMPAKKK !!! LAKI INI MEMPUNYAI 10 ANAK DENGAN 9 GADIS BERBEZA WALAUPUN DIA TU GAYYY ( 2 GAMBAR + 1 VIDEO )

WALAUPUN gay, seorang lelaki sedia membantu mana-mana wanita yang tidak mempunyai anak dengan menunaikan hasrat tersebut.
Caranya, dia menjadi penderma sperma dan kini hasil daripada derma kepada lebih 50 wanita, Kenzie Kilpatrick, 26, sudah menjadi ‘bapa’ kepada 10 anak yang dilahirkan sembilan wanita berbeza.
Kenzie yang tinggal di Birmingham memulakan pendermaan sperma pada Jun tahun lalu dengan membuat iklan di laman sosial Facebook.
Dia tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk servis yang dibuatnya kecuali kos perjalanan atau tempat penginapan sekiranya dia perlu keluar dari tempat tinggalnya.
Akaun Facebook yang menawarkan servisnya itu dipanggil Drama Free UK Sperms Donor yang kini mempunyai lebih 200 ahli.
Selepas dihubungi oleh wanita yang berminat, dia akan membuat temu janji untuk berjumpa di rumah mereka atau di mana-mana bilik hotel.
2A0CC69500000578-0-image-a-60_1435492502153
Dia kemudiannya akan memberikan sampel sperma kepada mereka yang boleh disuntik secara peribadi menggunakan picagari.
Kenzie yang merupakan seorang homoseksual memberitahu, enam daripada sembilan wanita yang menggunakan servisnya sudah melahirkan anak 10 minggu lalu.
Mereka telah melahirkan dua anak perempuan dan lima anak lelaki termasuk sepasang anak kembar.
Terbaru seorang lagi bayi telah dilahirkan minggu lalu dan tiga lagi wanita bakal melahirkan anak pada bulan hadapan.
Kenzie mendapat idea untuk berbuat demikian selepas meneliti perkara ini di sebuah laman web.
“Saya rasa sangat luar biasa apabila mengetahui bakal mempunyai 10 orang anak yang akan meneruskan gen saya.
“Tapi saya tidak rasa saya perlu kenali mereka dan terus berhubungan dengan ibu bapa mereka, saya hanya sediakan sperma dan tidak akan terikat dengan mereka,” katanya.

Artikel menarik:

0 comments:

Post a Comment