KEMBOJA – Seorang bayi berusia tujuh bulan meninggal dunia selepas tercekik ikan hidup yang melompat masuk ke dalam mulutnya.
Kemalangan menakutkan itu berlaku ketika bayi tersebut dijaga oleh ibu saudaranya, Chea Sophia, 35. Ketika itu Chea sedang memegang ikan terbabit sambil bergurau dengan anak saudaranya.
Tanpa disangkanya, ikan itu melompat masuk ke dalam mulut bayi berkenaan. Chea cuba menarik ikan berkenaan namun gagal.
Dia kemudiannya mendapatkan bantuan perubatan di daerah Chroy Changva yang terletak di Sungai Mekong. Namun setibanya di klinik berhampiran, doktor di situ, tanpa sebab munasabah enggan merawat bayi berkenaan.
Ia menyebabkan Chea terpaksa menumpang sebuah motosikal dan membawa anak saudaranya ke sebuah hospital berdekatan.
Namun setibanya di situ, doktor mengesahkan bahawa bayi berkenaan sudah meninggal dunia.
Polis yang menyoal siasat Chea bercadang mendakwa wanita itu kerana cuai hingga menyebabkan kematian, namun ibu bapa bayi berkenaan enggan mendakwa Chea.
Mereka menerima kematian bayi itu sebagai kemalangan dan menyifatkan Chea tidak berlaku cuai dalam kematian berkenaan.
Artikel menarik:
0 comments:
Post a Comment