Seorang lelaki Rusia yang berniat untuk mencuri di sebuah salon kecantikan berakhir dengan kisah pelik apabila dia dijadikan sebagai budak seks selama tiga hari selepas berjaya dikalahkan oleh seorang wanita yang tak laintidak bukan adalah pemilik salon dan juga pemegang tali pinggang hitam dalam karate.
Dalam pengakuannya kepada polis, Viktor Jasinski (32) menerangkan, niat awalnya untuk pergi ke salon di Meshchovsk, Russia, adalah untuk mencuri. Namun, perkara lain yang di luar dugaannya. Viktor Jasinski berjaya dikalahkan oleh pemilik salon, Olga Zajac (28), hanya dengan sekali tendangan sahaja.
Dalam keadaan separuh sedar setelah berjaya dikalahkan, Jasinski diseret ke sebuah ruang di belakang salon berkenaan oleh Olga Zajac yang kemudian mengikatnya dengan kabel hair dryer. Viktor Jasinski yang ditahan dengan cara diikatkan dalam keadaan bogel di sebuah radiator selama tiga hari dan juga mengaku tidak diberikan makan, kecuali diberi Viagra sebelum akhirnya dibebaskan.
Rupanya Viktor Jasinski tidak boleh menerima apa yang telah berlaku terhadap dirinya sebagai budak seks. Viktor Jasinski kemudian melaporkan apa yang dialaminya kepada polis.
Setelah menerima laporan tersebut, polis terus ke salon Olga Zajac. Namun, pihak polis diberitahu sebaliknya.
“Kurang ajar. Ya, kami memang melakukan seks beberapa kali. Tapi saya belikannya beberapa seluar jeans, berikannya makan, dan juga wang 1.000 rubel sebelum dia pergi,” kata Olga zajac.
Sepasang kekasih mengantung diri akibat cinta tidak direstui orang tua,pengakhiran kisah cinta yang cukup mengerikan..
kisah cinta terlarang sering kita dengar dengan berbagai penghujung cerita yang berbagai macam,kisah cinta kedua pasangan iniberakhir dengan amat memilukan,dimana kedua pasangan ini ditemui mati gantung diri.
kejadian yang dikatakan berlaku di samarinda.Kalimantan Timur. Mayat pasangan ini ditemui tergantung pada sebatang pokok dipercayai akibat cinta terhalang dari kedua belah pihak keluarga mereka yang menolak cinta mereka.
mayat lelaki bernama Yudi Hartono dan wanita bernama Nurhayati nekad menggantung diri mereka pada sebatang pokok di kawasan Lao Hui Kelurahan Harapan Baru, Samarinda Seberang.
Sebelas jam setelah jasad sejoli Yudi Hartono (25) dan Nurhayati (20) ditemukan tergantung, keduanya dikebumikan pada Selasa (24/3) petang. Hanya, sejumlah kejanggalan masih tersisa.
Ketika ditemukan, Yudi setengah memeluk Nur yang ada di depannya. Keadaan kedua jenazah ternyata berbeda sehingga menimbulkan dugaan mereka tidak meninggal dalam waktu yang sama. Jasad Nur setelah tiga hari meninggalkan rumah, sudah membusuk dan mengembung,dibandingan dengan mayat yudi yang masih lebih elok. Wira, kakak kandung Nur, mengaku sempat memiliki firasat. Desas-desus bahwa Nur dibunuh terucap dari mulutnya. Kecurigaan itu muncul lantaran pesan singkat yang dikirim melalui ponsel Yudi berisikan permohonan bertemu dengan sang adik untuk terakhir kali. sebelum kejadian Yudi menulis pesan di laman book miliknya. Dia menuding, seseorang telah mengkhianatinya karena telah menjalin hubungan dengan lelaki lain. Diduga, Yudi tidak ingin kekasihnya hidup bersama orang lain.
Siasatan yang dilakukan Kapolsekta Samarinda Seberang Kompol Hari Widodo memastikan keduanya mati akibat bunuh diri, yang diduga dilakukan Sabtu malam.
India – Menjijikkan. Ketagihan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang suka makan rambut akhirnya membawa padah apabila gumpalan rambut berkenaan memenuhi perutnya.
Ia memaksa doktor melakukan pembedahan dan mereka berjaya mengeluarkan gumpalan rambut sepanjang lima kaki dalam perut Kavita Kumari.
Kavita mula ketagih makan rambut sejak setahun lalu dan dia bukan sahaja makan rambutnya malah turut mengutip rambut orang lain.
Hingga ke satu peringkat dia mencabut rambut kawannya di sekolah dan menelannya.
Keadaan itu menjadikan dia kehilangan selera makan dan akan muntah apabila dipaksa makan. Kavita juga selalu mengadu sakit perut.
Ketagihannya itu terbongkar selepas ibu bapanya membawa Kavita menemui doktor.
Selepas pemeriksaan barulah doktor menemui gumpalan rambut yang menjijikkan dalam perutnya.
Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Bahadur Sidharth, ketika remaja itu menemuinya, Kavita sangat lemah dan tidak bermaya.
Malah remaja itu juga tidak mampu berdiri akibat kesakitan yang amat sangat di bahagian perut.
China – Seorang wanita yang mahu memotong daging untuk dijadikan stik terkejut apabila mendapati daging itu seolah-olah masih hidup malah ia berdenyut-denyut.
Wanita itu, Cheng hanya menyedari mengenainya selepas sejam dia memotong daging tersebut.
“Ia kelihatan masih hidup seolah-olah ada cacing di dalam daging berkenaan tetapi apabila saya memotongnya, tidak ada pula cacing berkenaan,’’ katanya yang terkejut dengan keadaan tersebut.
Dalam pada itu, seorang pakar kesihatan binatang Ly Suwen berkata, daging itu bergerak disebabkan saraf yang tidak mati.
“Anda boleh yakin bahawa kepingan daging ini amat segera dan ia baru disembelih,’’ katanya.
Jelasnya, sistem saraf pusatnya telah mati tetapi hujung saraf di dalam otot masih bergerak dan ia akan terhenti dalam masa yang singkat.
Rakaman daging berkenaan yang bergerak telah dimuatnaik dalam Weibo dan ditonton lebih 11 juta kali.
Bagaimanapun jabatan kesihatan memaklumkan bahawa daging itu selamat untuk dimakan.