India – Menjijikkan. Ketagihan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang suka makan rambut akhirnya membawa padah apabila gumpalan rambut berkenaan memenuhi perutnya.
Ia memaksa doktor melakukan pembedahan dan mereka berjaya mengeluarkan gumpalan rambut sepanjang lima kaki dalam perut Kavita Kumari.
Kavita mula ketagih makan rambut sejak setahun lalu dan dia bukan sahaja makan rambutnya malah turut mengutip rambut orang lain.
Hingga ke satu peringkat dia mencabut rambut kawannya di sekolah dan menelannya.
Keadaan itu menjadikan dia kehilangan selera makan dan akan muntah apabila dipaksa makan. Kavita juga selalu mengadu sakit perut.
Ketagihannya itu terbongkar selepas ibu bapanya membawa Kavita menemui doktor.
Selepas pemeriksaan barulah doktor menemui gumpalan rambut yang menjijikkan dalam perutnya.
Menurut doktor yang merawatnya, Dr. Bahadur Sidharth, ketika remaja itu menemuinya, Kavita sangat lemah dan tidak bermaya.
Malah remaja itu juga tidak mampu berdiri akibat kesakitan yang amat sangat di bahagian perut.
Artikel menarik:
0 comments:
Post a Comment