Hotel-hotel di Dubai memilih cara paling mudah untuk menarik pelanggan atau pengunjung ke premis mereka.
Sajian yang dihidangkan memang mengghairahkan, lebih ghairah dari tarian gelek. Kali ini mereka memilih untuk tarian separuh bogel kepada pengunjung hotel dan kebanyakan yang hadir adalah Syeikh dari tanah Arab.
Gadis-gadis ini dipercayai telah diculik dari pelbagai negara, termasuklah dari Russia, Arab Saudi dan dari beberapa negara eropah timur dan di bawa ke Dubai untuk tujuan di atas.
>>>Saksikan video di SINI (amaran, 18 tahun keatas sahaja)
Hotel Di Singapura pula mempunyai permintaan yang tinggi
sebagai penari bogel....
SINGAPURA – Khidmat penari bogel mendapat permintaan tinggi di Singapura walaupun aktiviti tersebut menyalahi undang-undang negara.Sungguhpun polis mempunyai kuasa menyerbu mana-mana tempat termasuk kediaman persendirian yang disyaki menjalankan aktiviti tidak senonoh itu, ia gagal menghalang penari-penari bogel Singapura daripada mengiklankan perkhidmatan mereka.
Kebiasaannya para penari bogel di Singapura terdiri daripada pekerja kolar putih berusia dalam lingkungan 20-an.Mereka menjadi penari eksotik selepas waktu pejabat untuk memenuhi permintaan golongan heteroseksual dan juga gay di pulau berkenaan.
Pemilik agensi hiburan tempatan 2niteok Entertainment, Bryan Tan yang menjadi penari bogel selama lapan tahun berkata, perkhidmatan tarian itu mendapat permintaan tinggi kalangan penduduk pulau berkenaan.“Tarian bogel adalah biasa di Barat tetapi kini ia semakin digemari di Singapura,” kata Tan yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran pada waktu siang.
Menurut laman web syarikatnya, caj untuk melanggani tarian separa bogel ialah Sg$300 (RM736) untuk persembahan selama 20 minit manakala bayaran Sg$400 (RM981) dikenakan untuk tarian bogel sepenuhnya.Bagi penari bogel wanita pula, mereka biasanya memakai coli dan seluar dalam semasa melakukan persembahan.
“Lelaki lebih gemar melihat wanita memakai pakaian berbanding berbogel sepenuhnya,” kata seorang eksekutif wanita, Jasmine Tan, 28, yang menjadi penari bogel untuk tiga atau empat kali sebulan.Rata-rata penari bogel di sini merahsiakan pekerjaan sampingan mereka daripada keluarga kerana budaya masyarakat Singapura yang masih konservatif.
Artikel menarik:
0 comments:
Post a Comment