Seorang lelaki di wilayah Guangdong mengetahui isterinya menghabiskan dua bulan
gajinya membeli-belah dalam talian sempena Hari Single lalu dia merajuk dan enggan
pulang ke rumah.
Dalam keadaan mabuk selepas minum arak, lelaki itu merayau mencari tempat tidur
dan akhirnya menemui paip konkrit.
dan akhirnya menemui paip konkrit.
Dia turut menemui orang-orang yang dipeluknya sepanjang malam sebagai cara untuk
mengurangkan kesejukan.
Keesokannya, seorang pekerja binaan yang melakukan tinjaun di kawasan itu, terkejut
melihat lelaki itu begitu lena sambil memeluk orang-orang yang dipakaikan pakaian
wanita.
Dia mengejutkan lelaki itu selepas merakam beberapa gambarnya sambil bertanya
apa yang terjadi hingga menyebabkan dia tidur di situ.
apa yang terjadi hingga menyebabkan dia tidur di situ.
Lelaki tersebut menyatakan dia kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan
wang sebanyak 10,000 yuan (RM5,452) untuk membeli-belah menerusi Internet.
wang sebanyak 10,000 yuan (RM5,452) untuk membeli-belah menerusi Internet.
Lelaki itu bekerja sebagai tukang masak dan memperoleh pendapatan RM2,453 sebulan
dan selepas mengetahui gajinya habis, dia enggan pulang ke rumah.
Dengan tidak tahu apa yang hendak dilakukannya, dia membeli arak dan menjumpai
orang-orang untuk dijadikan teman sepanjang malam itu.Dia memberitahu pekerja
binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri saya”.
binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri saya”.
0 comments:
Post a Comment