GILA dan kejam… lagi kes melibatkan kes penderaan bayi!
Satu rakaman video memperlihatkan seorang bayi berusia kurang setahun sedang didera kini tersebar dan menjadi bualan hangat di laman sosial.
Gara-gara berang dan tidak tahan mendengar tangisan bayi, seorang wanita bertindak di luar kawalan dengan memukul dada dan muka bayi malang berkenaan bertubi-tubi sambil menjerit meyuruhnya diam dan berhenti menangis
Tidak setakat itu, bayi berkenaan turut dipukul di tangan, bahagian belakang badan dan kepala.
Lebih teruk, wanita ini bertindak gila merakam perbuatan tersebut.
Rakaman berdurasi 0.47 saat yang dipercayai berlaku di Malaysia ini mencetuskan kemarahan masyarakat.
Ekoran itu, ramai yang berharap agar segera kes ini disiasat dan si pelakunya di bawa ke muka pengadilan kerana menyeksa bayi itu.
0 comments:
Post a Comment