Klip video rakaman yang berdurasi 51 saat memaparkan seorang wanita mendera seorang bayi dengan memusing-musing, melambung dan menghempuk selain mengoncang kuat tubuh kecil mangsa kini tersebar meluas di laman sosial
Tindakan wanita yang mendera bayi berkenaan dengan kejam di rakam oleh individu lain, namun individu yang membuat rakaman itu tidak langsung menghalang tindakan wanita bagai nak gila itu mendera bayi tersebut
Berikutan tersebar rakaman tersebut di laman sosial, ia mengundang kemarahan ramai yang meminta agar siperlaku dikenakan tindakan sewajarnya
Menerusi tinjauan MYsumber di laman sosial turut mendapati terdapat pengguna laman sosial yang perihatin berkongsikan video berkenaan di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia dengan harapan agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan keatas wanita tersebut
Sementara itu, tidak dapat dipastikan sama ada video itu sudah lama atau baru mahupun wanita terbabit telahpun dikenakan tindakan, pastinya PDRM akan memberi maklum balas berhubung dengan perkara ini
Berikut adalah kenyataan rasmi untuk siaran media yang dikeluarkan oleh Polis Perak berhubung dengan kes ini
VIDEO DERA LAMBUNG BAYI
Artikel menarik:
0 comments:
Post a Comment