Searching...
Saturday, December 13, 2014
5:19 PM 0

ALAMAK !!! PASANGAN DITEMUI MAUT DALAM KERETA DI TEPI JALAN (2 GAMBAR)

KUCHING: Mayat sepasang suami isteri ditemui dalam keadaan separuh reput dalam sebuah kenderaan di Santubong dekat sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika mengesahkan penemuan mayat berkenaan berkata, pihak polis menerima panggilan telefon yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu daripada anggota awam pada kira-kira jam 8 pagi.
Katanya, sepasukan polis dari Balai Polis Santubong membuat siasatan dan menemui sebuah kereta Proton Saga di tepi jalan menuju ke Kampung Sungai Tiram, Pasir Pandak, Santubong.
"Siasatan mendapati kenderaan terbabit dalam keadaan berkunci dan polis kemudiannya mendapati terdapat dua mayat, seorang lelaki dan wanita dalam keadaan 20 peratus reput," kata Roslan.

Roslan berkata, polis mengenal pasti identiti mayat sebagai Aziz Mohamad Basiron, 30, dari Kampung Semilang, Kuching; dan Sharipah Aini Wan Mohamad, 27, dari Kampung Hilir, Beladin, Pusa.
Pasangan terbabit disahkan suami -isteri oleh kakak kepada mangsa wanita itu.
"Mayat lelaki ditemui di tempat duduk pemandu sementara mayat wanita ditemui dalam keadaan berbaring di tempat duduk penumpang di sebelah hadapan," kata Roslan.
Menurut beliau, siasatan awal polis mendapati tiada kesan kecederaan pada kedua mayat, tiada kehilangan harta benda dan tiada tanda kerosakan pada kenderaan berkenaan.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat itu diperolehi," kata Roslan.
Menurut Roslan, bedah siasatan dijangka dilakukan jam 3.30 petang ini.
- BERNAMA




0 comments:

Post a Comment