Model cantik dari Indonesia , Vanny Rossyanne telah mendedahkan dirinya sering bertemu kekasihnya di penjara untuk mengadakan hubungan seks.
Setiap kali berkunjung ke penjara Cipinang, Jakarta Timur, dia dan kekasihnya iaitu Freddy Budiman yang dipenjara atas kesalahan mengedar dadah, akan melampiaskan nafsu di sebuah bilik persendirian di penjara itu.
“Kebiasaannya saya akan pergi ke penjara itu pada pukul 11 pagi sehingga pukul 5 petang. Kami akan mengadakan hubungan seks dan mengambil dadah. Ada dua buah bilik di penjara itu yang kami biasa gunakan dan sebuah daripadanya adalah bilik warden penjara,” katanya.
Pendedahannya itu membuka cerita bagaimana banduan yang mempunyai wang boleh memiliki ‘kuasa’ sekalipun sedang menjalani hukuman, merujuk kepada status Freddy yang dianggap sebagai banduan kaya dan sangat ditakuti oleh semua orang di penjara itu.
Tindakan wanita itu yang juga model untuk majalah dewasa, mendedahkan kelemahan sistem di penjara sekali gus menarik perhatian seluruh rakyat Indonesia.
0 comments:
Post a Comment